Rasional Di Sebalik Perselisihan

Muhammad Harith Wafi
Baca di Substack ↗

Menjadi seorang thuwailib ilm bukanlah suatu yang mudah kerana lumrah manusia ini yang mempunyai ego dalam diri menyebabkan kita kadangkala sukar menerima keterbukaan minda dalam perbincangan dan kritikan.

Bagaimana kita mampu mendakwa kita ini seorang pelajar namun bersikap begitu tegar dengan pandangan sendiri tanpa melihat dan menilai pandangan pihak sebelah?

Ulama' terdahulu, mereka telah pun mendahului kita dalam bab ini, manakan tidak mereka ini pedoman buat kita khususnya berkaitan dengan keteguhan ilmu.

Dinukilkan :

Kata Amru' bin 'Ali Al-Fallas, "Suatu hari aku pernah melihat Yahya bin Sa'id Al-Qattan menyampaikan suatu hadith, lalu 'Affan bin Muslim Al-Saffar menegurnya lalu berkata : Hadith tersebut bukan begitu.

Keesokan harinya aku mendatangi Yahya, lalu Yahya pun berkata: Memang benar hadith tersebut seperti yang dikatakan oleh 'Affan. Sesungguhnya aku memohon pada Allah supaya tidak menyelisihi apa yang dikatakan oleh 'Affan.”

Begitu sungguh ulama' terdahulu menjaga keegoan mereka dalam berselisih ketika mencari kebenaran meskipun dalam kalangan mereka ada yang kita kenali masyhur namanya dalam lapangan ilmu ini.

Semoga sebutir kisah ini mampu menjadikan kita terdetik seketika hatta seminit untuk kita bermuhasabah demi manfaat bersama. Wallahu a'lam.


Muhammad Harith Wafiy

Mahasiswa Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Univ Ibn Tofail Kenitra Maghribi.

Kongsi WhatsApp X
Ditulis oleh Muhammad Harith Wafi Penulis Pena Maghribi
Bacaan seterusnya

"Aku belajar dengan peniaga…”

“…aku lihat sifat Qanaah dari para peniaga. Biarpun sedikit namun meyakini akan ada keuntungan. Kadang-kadang ketika mereka rugi, mereka banding membanding dengan peniaga lain. Apabila memandang penia...

Baca seterusnya →

Bacaan lain

Semua tulisan →

Pasang Maktabah Insyirah

  1. Tekan butang Kongsi di bar Safari.
  2. Pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Tekan Tambah. Ikon Insyirah akan muncul di skrin utama.