Khusyuk : Lambang Keimanan

Ahmad Hasani bin Abu Bakar
Baca di Substack ↗

Khusyuk : Lambang Keimanan

__________

Di antara sifat orang beriman adalah mereka yang khusyuk di dalam solat, sepertimana disebutkan di dalam surah Al-Mukminun, ayat 2 :

‎‫ ﴿ ٱلَّذِینَ هُمۡ فِی صَلَاتِهِمۡ خَـٰشِعُونَ ﴾‬

“Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyannya”

Para ulama menamakan juga surah Al-Mukminun dengan surah Sifat Al-Mukminin (sifat-sifat orang yang beriman). Sifat pertama yang disebutkan di dalam surah ini adalah khusyuk di dalam solat.

Khusyuk merupakan ruh bagi solat, maka solat tanpa kehadiran khusyuk bagaikan jasad tanpa ruh. Ketika meneliti pada ayat di atas, Al-Qadhi Abu Muhammad ‘Abd Al-Haq Ibnu ‘Atiyyah Al-Andalusi رضي الله عنه (541 H)telah menjelaskan makna khusyuk di dalam tafsirnya Al-Muharrar Al-Wajiz fi Tafsiri Kitab Al-‘Aziz :

الخشوع : التطامن وتساكن الأعضاء والوقار

“Khusyuk itu adalah (التطامن) tunduk patuh menzahir kehinaan diri kepada Allah ﷻ, (تساكن الأعضاء) anggota badan yang tenteram dan tidak bergerak tanpa keperluan, (الوقار) ketetapan hati dari memikirkan urusan dunia.”

وهذا إنما يظهر في الأعضاء لمن في قلبه خوف واستكانة

“ dan perkara ini, hanyalah akan nampak pada orang yang hatinya takut kepada Allah ﷻ dan rendah diri kepadanya.

Semoga Allah ﷻ menjadikan kita dikalangan orang-orang yang khusyuk di dalam solat.

_________________________________________

Feadah dari pengajian bersama Syeikh Sidi Ahmad bin Idris Boukhress Al-Hasani

𝘈𝘩𝘮𝘢𝘥 𝘏𝘢𝘴𝘢𝘯𝘪 𝘣𝘪𝘯 𝘈𝘣𝘶 𝘉𝘢𝘬𝘢𝘳

𝘔𝘢𝘩𝘢𝘴𝘪𝘴𝘸𝘢 𝘚𝘢𝘳𝘫𝘢𝘯𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘢𝘫𝘪𝘢𝘯 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘜𝘯𝘪𝘷𝘦𝘳𝘴𝘪𝘵𝘪 𝘔𝘰𝘩𝘢𝘮𝘮𝘦𝘥 𝘝 𝘙𝘢𝘣𝘢𝘵, 𝘔𝘢𝘨𝘩𝘳𝘪𝘣𝘪

Kongsi WhatsApp X
Ditulis oleh Ahmad Hasani bin Abu Bakar Penulis Pena Maghribi
Bacaan seterusnya

SEMANGAT YANG MEMUDAR

Pasti pernah. Tiada ragu, tidak ternafi. Setiap daripada kita pasti wujud dalam garis masa kehidupan, fasa di mana kita hilang semangat dan ‘Himmah’ dalam melakukan sesuatu yang kita kejar dan impikan...

Baca seterusnya →

Bacaan lain

Semua tulisan →

Pasang Maktabah Insyirah

  1. Tekan butang Kongsi di bar Safari.
  2. Pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Tekan Tambah. Ikon Insyirah akan muncul di skrin utama.