Fathul Aqsa dari kaca mata Salahuddin Al-Ayubi

Munqiz Rushda Abdul Rashid
Baca di Substack ↗

Genap 6 bulan sejak peristiwa 7 Oktober (ketika artikel ini ditulis) yang menyaksikan bumi kelahiran Imamuna Al-Imam As-Syafie RHM kembali bermandi darah dari lelaki dewasa, orang tua, wanita hingga ke anak kecil yang belum sempat mengenal dunia. Dunia kini sedang berdepan antara “Pembersihan Etnik”(Ethnic Cleansing) yang tebesar dan terancang serta berlarutan sejak ‘Al-Nakba’ pada tahun 1948 namun dilihat dunia masih mengunci mulut terutama polis dunia iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

Namun peristiwa hitam ini bukan pertama kali tercoret dalam sejarah umat Islam khususnya.

Kita kembali ke 11 Julai 1099 di mana “Crusader” berjaya menakluk Baitul Maqdis dari tangan Dinasti Fatimiyyah yang merupakan sebahagian daripada kempen “The First Crusade” yang dilancarkan Pope Urban II. Dalam masa sebulan sahaja, kota suci ketiga bagi agama ini jatuh dan berlakunya pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk kota yang terdiri dari pelbagai agama hatta Islam dan Yahudi . Diperkirakan angka korban mencecah 40,000. Secara tak langsung kejatuhan bumi Al-Aqsa ini merupakan kali pertama yang semisalnya semenjak dibebaskan Sayyidina Umar Bin Khattab RA.

Di sisi yang lain, satu perkara yang menarik perhatian penulis adalah kejatuhan kota suci ketiga umat Islam ini selepas Makah dan Madinah berlaku ketika era keemasan Islam “Islamic Golden Age” dan sezaman dengan kebangkitan Khilafah Abbasiyah di Baghdad, Dinasti Fatimiyah di Mesir dan Dinasti Saljuk di Khurasan.

Apakah faktor yang menyumbang kepada peristiwa ini ? Apa yang bermain di fikiran pemegang tampuk kekuasaan ketika itu apabila melihat kota ini diperlakukan sebegitu rupa oleh angkatan Salib yang datang dari tanah besar Eropah sementelah mereka ini punya bala tentera dan teknologi persenjataan yang canggih? Segala persoalan ini perlu dihemati oleh setiap Muslim khususnya masa kini untuk memastikan Al-Aqsa kembali menjadi hak eksklusif umat Islam.

Sambungan cerita tadi,

Pada musim panas 1187, setelah hampir genap satu abad angkatan salib memerintah Jerusalem, kini berjaya ditakluk semula oleh Sultan Salahuddin Al-Ayubi pengasas Dinasti Ayubiyah yang merupakan kerajaan serpihan Dinasti Zengid. Menariknya saat pembukaan beliau menonjolkan tarbiah Islam kepada Nasrani di kota itu dengan memberikan jaminan keselamatan kepada mereka. Tidak sepertimana yang dilakukan angkatan salib sebelum itu terhadap orang Islam.

Allah menyebutkan dalam Al-Quran pada Surah Al-Muminun:

{اِدْفَعْ بِالَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُ السَّيِّئَةَۗ نَحْنُ اَعْلَمُ بِمَا يَصِفُوْنَ}

Tolaklah (balaslah) kejahatan dengan cara yang terbaik. Kami lebih mengetahui apa-apa yang mereka sifatkan.

Adat manusia yang dilihat hanya kejayaan yang terzahir semata-mata tanpa mempedulikan payah dan jerih yang terlitup di balik tirai kemanisan kejayaan itu sendiri. Kejayaan Salahuddin Al-Ayubi sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa langkah dan strategi yang dipersiapkan beliau yang mana penulis rasakan sebagai “game changer” dalam ekspedisinya menakluk semula Masjidil Aqsa yang diistilahkan orientalis sebagai “The Second Crusade”.

Antaranya :

1. Menyatukan Mesir dan Syria di bawah satu panji iaitu Dinasti Ayubiyah. Kesannya, Salahuddin dapat mengumpulkan segala sumber logistik untuk membiyai kempennya dengan baik.

2. Memfokuskan terlebih dahulu usaha memadamkan api pemberontakan yang dilancarkan oleh saki-baki penyokong dan ahli keluarga Dinasti Zengi di Aleppo dan Mosul (Iraq masa kini). Usaha ini penting agar segala fokus dan tumpuannya dapat dihalakan ke pintu gerbang Al-Aqsa tanpa merisaukan kestabilan politik dalaman sepanjang pemergiannya.

3. Mendapat pengiktirafan dari Khalifah Abbasiyah sebagai kerajaan Islam yang sah. Keabsahan yang diberikan ini mudah diperoleh memandangkan beliau merupakan anak seorang diplomat dan menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bahasa “polyglot”.

4. Mempunyai angkatan tentera yang dikhaskan menjaga keselamatan jemaah haji yang menggunakan jalan laut di Laut Merah dan jalan darat di utara Hijaz.

5. Menjadi pelindung dua kota suci umat Islam iaitu Mekah dan Madinah dan disanjung umat Islam sebagai pelindung umat Islam pada zamannya atas jasanya tersebut. Secara tak langsung, pengaruh dan populariti beliau meningkat.

6. Melancarkan seruan jihad ke atas wilayah takluknya atas kapasiti yang beliau punyai.

Kembali ke masa kini, penulis mengamati pasca peristiwa 7 Oktober bahawa reaksi dunia sedikit berubah berkenaan konflik Palestin-Israel berbanding tahun-tahun sebelum. Yang mana ia semakin berani dan kritikal. “Left winger”di dunia barat semakin lantang menyuarakan isu ini terhadap kerajaan mereka sendiri. Mereka mengatakan isu ini tidak hanya isu agama Islam VS Yahudi semata-mata bahkan ia merupakan krisis kemanusiaan. Namun suara mereka ditenggelami naratif yang dibawa oleh media arus perdana seperti BBC dan CNN.

Bagi Muslim, sudah tentu konflik ini dipandang berat kerana ia sebahagian dari isu akidah apabila kota suci kita kesucian ia dinodai Zionis yang wajib dipertahankan.

Malaysia seperti biasa akan menjadi antara negara Non-Arab yang lantang menyuarakan isu ini di peringkat global sejak era YAB Tun Dr Mahathir lagi. Dan yang terbaru YAB Anwar Ibrahim telah menarik kebenaran kapal kargo milik Israel untuk berlabuh di pelabuhan Malaysia dan mengkritik pedas secara terbuka hipokrasi Barat terhadap isu ini di hadapan Canselor Jerman semasa lawatannya di Jerman tempoh hari. Rakyat Malaysia dikenali dengan nada mereka yang lantang menentang kekejaman rejim Zionis dengan pelbagai cara. Ada yang berdemonstrasi, ada yang memboikot ekonomi dan jenama perniagaan milik Israel dan ada juga yang mengambil insiatif dengan “spread awareness “ di media sosial mereka. Tidak lupa juga, wujud suara-suara yang mempersoalkan mengapa Kerajaan Malaysia dan negara anggota OIC lain tidak menghantar pasukan bersenjata ke kawasan konflik.

Suka penulis bawakan hadith dari Sayyidina Rasulullah SAW di dalam Shahih Muslim dan Musnad Ahmad yang berbunyi:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya: “Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan sekiranya tidak mampu hendaklah dengan hatinya yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman.”

Jika difahami hadis ini dengan teliti, dapatlah difahami bahawa mencegah kemungkaran mempunyai tiga tahap bergantung kepada kemampuan individu tersebut ;

Tahap yang paling tinggi dan utama: Mencegah dengan tangan iaitu kuasa.

Tahap yang kedua: Mencegah dengan lisan seperti menasihati.

Tahap yang paling rendah: Mencegah dengan hati iaitu cukup dengan tidak meredhai kemungkaran tersebut.

Semangat yang membara untuk mempertahankan Baitul Maqdis tidak seharusnya dimuntahkan secara sembrono. Lihat saja pada apa yang penulis telah nyatakan sebelumnya langkah-langkah yang diambil oleh Salahuddin dan bala tenteranya. Beliau mencegah kemungkaran dengan tangannya yakni dengan kuasa kerana beliau mampu. Itu sekadar yang dapat dilihat secara zahir oleh Ibnu Athir (penulis banyak menukilkan hasil kerja beliau dalam tulisan ini), bagaimana pula dengan persiapan moral mereka dari segi keilmuan, kuantiti ibadah dan kualiti keimanan mereka yang semestinya jauh lebih baik berbanding kita sekarang ini. Menghantar tentera ke sana tidak semudah yang difikirkan memandangkan Israel merupakan kuasa besar militari dunia. Sebagai perbandingan Israel membelanjakan sekitar 23.6 bilion USD setahun manakala Malaysia hanya sekitar 3.83 bilion USD setahun. Israel juga menjadi antara negara dengan perbelanjaan per GDP tertinggi di dunia iaitu sebanyak 4.5%. Semangat itu bagus cuma perlu disalurkan pada tempatnya.

Tidaklah berniat pesimis akan tetapi perlu sentiasa realis. Umat Islam perlu melakukan perubahan drastik bermula dari diri mereka sendiri kerana situasi yang berlaku ketika ini tidak lain dan tak bukan kerana kelemahan umat Islam sendiri.

Tidak perlu menudingkan jari meletakkan kesalahan diri sendiri pada orang lain apatah lagi kepada mereka yang tak beriman dengan risalah Nabi Muhammad SAW. Pertelagahan antara ilmuwan Islam juga perlu dielakkan kerana mereka merupakan panutan mukallaf yang melihat dari bawah. Perbezaan dan khilaf perlu diraikan. Jika perubahan itu dilakukan bersama sudah tentu Islam akan kembali ke zaman kegemilangannya.

Akhir kata, kepada mereka yang mencegah kemungkaran hatta dengan memboikot dan menyuarakan isu ini sekalipun, teruskan dan jalan terus kerana ada impaknya. Kita lihat di Barat persepsi mereka terhadap Islam sebagai agama terorisme yang dicanang media mula berubah dan memandang Islam sebagai agama yang “Mawaddah wā Rahmah”.

اللهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَأَلِّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ، وَأَصْلِحْ ذَات بَيْنِهِمْ، وَانْصُرْ عَلَى عَدُوّكَ وَعَدُوِّهِمْ اللَّهُمْ الْعَنْ كَفَرَةَ أَهْلِ الْكِتَابِ الَّذِينَ يُكَذِّبُونَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُونَ أَوْلِيَاءَكَ. اللَّهُمْ خَالِفْ بَيْنَ كَلِمَتِهِمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَأَنْزِلْ بِهِمْ بَأْسَكَ الَّذِي لَا يُرَدُّ عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ


Munqiz Rushda Abdul Rashid

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Sidi Mohamed ben Abdellah, Dhar Mehrez, Fes Maghribi.

(Ditulis di Madrasah Atiqah Igdi, Tiznit, Maghribi)

Kongsi WhatsApp X
Ditulis oleh Munqiz Rushda Abdul Rashid Penulis Pena Maghribi
Bacaan seterusnya

Rasional Di Sebalik Perselisihan

Menjadi seorang thuwailib ilm bukanlah suatu yang mudah kerana lumrah manusia ini yang mempunyai ego dalam diri menyebabkan kita kadangkala sukar menerima keterbukaan minda dalam perbincangan dan krit...

Baca seterusnya →

Bacaan lain

Semua tulisan →

Pasang Maktabah Insyirah

  1. Tekan butang Kongsi di bar Safari.
  2. Pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Tekan Tambah. Ikon Insyirah akan muncul di skrin utama.