"Aku belajar dengan peniaga…”

Muhammad Nu'man
Baca di Substack ↗

“…aku lihat sifat Qanaah dari para peniaga. Biarpun sedikit namun meyakini akan ada keuntungan.

Kadang-kadang ketika mereka rugi, mereka banding membanding dengan peniaga lain.

Apabila memandang peniaga yang selalu gembira kerana ramai pengunjung, ada kalanya mereka mencaci perniagaan sendiri, ada kalanya mereka semangat untuk jadi peniaga berjaya.

Pandang pula peniaga lain tiada pengunjung. Kadang mereka tertawa. Kadang mereka simpati. Kadang mereka bersyukur kerana tidak seperti yang lain. Pada peniaga akhir itu, sedikitnya lebih untung daripada yang lebih rugi.

Petang, merasa cukup dengan rezeki hari ini. Merangkak untuk hari-hari mendatang, namun dengan penuh semangat.

…

Aku lihat semangat dan cita-cita melalui peniaga. Ketika ditanya apa harapan? mereka mula bermimpi dan melakar masa hadapan. Aku tanya pada mereka tentang logika impian. Mereka kata bercita-cita bermimpi itu percuma tidak perlu dibayar.

…

Aku lihat erti usaha daripada peniaga.

Ada dalam kalangan mereka yang mementingkan hiasan daripada barang jualan.

Ada kalangan mereka sangat suka menempah risiko. Ada pula yang kata, menunggu waktu itu sebahagian dari kerja.

Kisah usaha mereka. Jatuh bangun, jatuh lagi dan bangun lagi. Berkali-kali. Agar tujuan mereka tercapai.

Ada antara peniaga yang berniaga kerana warisan, ada antara peniaga yang bekerja untuk hidup, walau dengan keringat.

Peniaga itu, entah bila aku lihat dia tidur. Mereka sanggup tidur di kedai pada waktu tak tentu. Lebih2 lagi pada hari-hari istimewa. Mereka yakin usaha besar untungnya lebih besar. Tentang hari-hari istimewa, aku lihat ini waktu emas juga buat pengunjung. Hari-hari istimewa bukan selalu.

…

Aku lihat sifat tawakal pada peniaga.

Dia beritahu aku tentang kisah Juha. Orang lain berniaga di kaki gunung, Juha meniaga di puncak gunung. Ketika ditanya perihal laku Juha, Juha menjawab: “Yang memberi rezeki pada peniaga di kaki gunung adalah yang sama yang akan memberi rezeki pada aku di atas gunung.”

…

Aku tanya salah seorang peniaga berjaya, bila waktu sesuai untuk aku mula berdagang. Peniaga tersenyum. Peniaga kata aku bagaikan anak kecil. Anak kecil tak boleh berniaga! Peniaga kata: “kau tak perlu tanya waktu mula. Aku lihat terlalu ramai mereka yang dikalahkan oleh waktu. Namun waktu, waktu lebih bersikap manusiawi daripada manusia itu sendiri.”

…

Dalam pada memilih keputusan, aku lihat para peniaga,

Ada yang bertindak hanya untuk hari ini.

Ada yang yakin bertindak, keuntungan besar untuk hari besok.

Ada pula peniaga bijak mengatur tindakan untuk untung hari ini dan besok.

Aku harap agar Tuhan juga berikan peluang untuk aku jadi peniaga berjaya. Termasuk pada saat ini.

Kerana ‘peniaga berjaya’ itu adalah manusia berjaya.”

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةࣲ تُنجِیكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِیمࣲ﴿ ١٠ ﴾ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَ ٰ⁠لِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ﴿ ١١ ﴾ یَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَیُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَیِّبَةࣰ فِی جَنَّـٰتِ عَدۡنࣲۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ﴿ ١٢ ﴾ (سورة الصّف: 10-12)


Muhammad Nu’man

Subscribe now

Kongsi WhatsApp X
Ditulis oleh Muhammad Nu'man Penulis Pena Maghribi
Bacaan seterusnya

Ramadan, Persediaan & Penghayatan...

Apabila menyebut kata ramadan, apakah gambaran dalam kotak fikiran kita? Sudah tentu yang difikirkan adalah suatu bulan yang diwajibkan berpuasa kepada semua orang Islam. Itulah gambaran umum tentang...

Baca seterusnya →

Bacaan lain

Semua tulisan →

Pasang Maktabah Insyirah

  1. Tekan butang Kongsi di bar Safari.
  2. Pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Tekan Tambah. Ikon Insyirah akan muncul di skrin utama.