Gerakan Aliran Sekular Moden Dalam Dunia Islam

Muhammad Iqbal Bin Sohaini
Baca di Substack ↗

Gerakan ilmiah moden ini muncul daripada pengaruh pemikiran Barat dan orientalis yang ingin memodenkan Islam agar seiring dengan zaman moden. Tokoh-tokohnya berusaha mentafsir semula al-Quran dan Sunnah berdasarkan pendekatan sekular dan falsafah Barat, sehingga menjauhkan Islam daripada sumber aslinya. Antara tokoh terawal ialah سعد زغلول (Saad Zaghloul), علي عبد الرازق (Ali Abdul Razzaq), dan طه حسين (Taha Hussein), diikuti geneasi kemudian seperti فرج فودة (Faraj Fudah) dan حسن حنفي(Hassan Hanafi). Gerakan ini menjadi jambatan kepada kemasukan ideologi Barat dalam dunia Islam dan cabaran besar terhadap pemikiran Islam tulen.

Pada penghujung abad ke-19 Masihi, muncul satu serangan hebat terhadap nilai-nilai agama dan akhlak di Mesir, yang digerakkan oleh المحافل الماسونية (gerakan Freemason) dan اللوردات البريطانيين (para bangsawan British). Mereka telah menarik sebahagian golongan yang lemah pegangan agamanya dan mudah terpesona dengan Barat. Antara mereka ialah قاسم أمين (Qasim Amin), سعد زغلول (Saad Zaghloul), هدى شعراوي (Huda Sha‘rawi), أمينة السعيد (Amina al- Sa‘id), درية شفيق (Doria Shafiq), dan نوال السعداوي (Nawal al-Sa‘dawi) yang sering menghadiri الصالونات النسائية المختلطة (majlis sosial bercampur lelaki dan wanita) serta terpengaruh dengan agenda Freemason. Mereka bukanlah pemikir bebas seperti yang didakwa, tetapi hamba kepada pemikiran Barat dan pelaksana agenda Zionis melalui pengaruh Inggeris dan Perancis.

Golongan ini berpendapat bahawa Islam tidak semestinya berpegang kepada العبادات الظاهرة (ibadah zahir) seperti solat, zakat, pelaksanaan hudud, atau pemakaian hijab. Menurut mereka, semua itu hanyalah peninggalan zaman silam, dan Islam boleh difahami mengikut tafsiran moden berdasarkan “kebebasan” ilmu dan pemikiran. Seruan ini bermula dengan tulisan مرقس فهمي (Marqus Fahmi) dalam bukunya المرأة في الشرق (Wanita di Timur), dan juga Count Daker dalam bukunya مصر والمصريون (Mesir dan Orang Mesir) yang menyerang wanita Islam. Lalu قاسم أمين tampil membalas dengan karya المصريون (1894M) dalam bahasa Perancis, di mana beliau mempertahankan syariat Islam dan kelebihan Islam terhadap wanita, serta menyokong kewajipan hijab.

Namun, kemunculan اﻷميرة نازلي فاضل (Puteri Nazli Fadil) iaitu wanita pertama di Mesir yang menanggalkan hijab dan mengadakan صالون مختلط (majlis pergaulan campur) bersama سعد زغلول dan محمد عبده serta beberapa bangsawan Inggeris. Dia dikenali dengan gaya hidup hedonistik dan ketagihan arak. Apabila buku المصريون diterbitkan, Puteri Nazli marah dan mendesak Muhammad Abduh dan Saad Zaghloul untuk memujuk Qasim Amin menarik balik pandangannya. Maka atas galakan mereka, beliau menulis buku تحرير المرأة (Pembebasan Wanita), yang turut disunting oleh Muhammad Abduh dalam aspek fiqh. Pengisiannya membincangkan tentang pemakaian hijab, penglibatan wanita dalam urusan awam, pembatasan talak, dan isu poligami. Buku itu disambut baik oleh دعاة الحداثة المتفرنجون (para modernis yang terbaratkan). Kemudian beliau menerbitkan buku المرأة الجديدة (Wanita Baharu) yang menzahirkan niat sebenarnya iaitu menyeru kepada تحرير البنات من سجن البيوت (pembebasan wanita dari “penjara rumah”), kebebasan bersosial dengan lelaki, dan menolak hijab sebagai tradisi kuno. Beliau juga turut memuji wanita Barat atas kebebasan mereka bermusafir dan bergaul tanpa batasan. Qasim Amin menyatakan bahawa wanita sepatutnya bebas memilih gaya hidup dan hubungan sosialnya, termasuk memiliki “sahabat lelaki” selain suami, dan hubungan itu tidak perlu diikat oleh undang-undang atau perkahwinan. Beliau menolak konsep حق ملكية الرجال للنساء (hak kepemilikan lelaki terhadap wanita) dan menyeru kepada hubungan bebas antara jantina. Pemikiran ini terpengaruh dengan falsafah Herbert Spencerdan & John Stuart Mill yang memperjuangkan kesamarataan gender. Akhirnya, beliau menuduh الحضارة اﻹسﻼمية (peradaban Islam) sebagai medan yang lemah, dan menganggap masalah umat Islam berpunca daripada اﻹعجاب بالماضي (keterikatan dengan masa lalu).

Katanya:

“Penyakit ini perlu dirawat dengan mendidik anak-anak kita agar mengenali tamadun Barat. Apabila tiba waktunya, barulah kebenaran akan terserlah seperti matahari, dan kita akan sedar bahawa mustahil untuk memperbaiki keadaan umat Islam tanpa berpaksikan kepada ilmu pengetahuan dan peradaban moden Barat.”

Penyesalan dan Penarikan Diri Qasim Amin di Akhir Hayatnya

Qasim Amin akhirnya menyesal dan menarik semula pandangan-pandangannya pada akhir hayatnya. Pada tahun 1906M, beliau mengakui kesilapannya dan berkata:

“Dahulu aku menyeru orang Mesir supaya meniru bangsa Turki, bahkan bangsa Eropah dalam pembebasan wanita mereka. Aku telah melampaui batas dalam seruan itu hingga mengajak mereka menanggalkan hijab dan melibatkan wanita dalam segala urusan, majlis, dan jamuan mereka. Tetapi kini aku telah menyedari bahaya seruan itu setelah aku melihat sendiri akhlak manusia. Aku telah meneliti keadaan wanita yang berjalan di jalan-jalan Kaherah dan Iskandariah untuk mengetahui sejauh mana penghormatan orang terhadap mereka apabila mereka keluar tanpa hijab. Lalu aku dapat rosaknya akhlak lelaki dan wanita merupakan sesuatu yang amat menyedihkan. Maka aku memuji Allah yang telah menggagalkan seruanku itu dan membangkitkan manusia untuk menentangnya. Aku melihat tiada seorang lelaki pun yang tidak mengeluarkan kata-kata keji terhadap wanita yang melintas di hadapan mereka; dan apabila ada kesesakan jalan, para lelaki itu tidak segan untuk menyentuh mereka dengan tangan dan lidah.”

Kenyataan ini menjadi saksi daripada golongan mereka sendiri melalui seorang tokoh besar المدرسة الحداثية (aliran modernis sekular) yang telah sedar akan kesesatan pemikiran tersebut. Ia juga menjadi bukti akan فساد نحلتهم (kerosakan mazhab pemikiran mereka) dan bahaya دعوة التغريب (seruan Westernisasi) yang bertujuan melepaskan wanita Muslimah daripada nilai dan peradaban Islamnya. Akhirnya, gerakan ini tidak mendatangkan apa-apa selain البوار والخسران (kehancuran dan kerugian) serta التردي في دركات التخلف والهوان (kemerosotan ke lembah kemunduran dan kehinaan) dalam masyarakat Islam.

Dinukilkan daripada kitab تجديد الفكر اﻹسلامي بين آثار المصلحين وانتحال المبطلين – Ustaz Dr. El Lahcen El Alami

Pengajaran yang boleh diambil:—

1. Bahaya meniru Barat secara membuta tuli.

Setiap pemikiran yang datang selain daripada agama Islam mesti dinilai dengan neraca syariat, bukan dengan hawa nafsu atau keinginan untuk kelihatan moden.

2. Kebebasan tanpa batas bukan kemajuan hidup yang hakiki.

Apabila nilai agama diketepikan atas nama kebebasan, masyarakat akan kehilangan maruah dan akhlak.

3. Para ilmuwan dan intelektual perlu berhati-hati dalam membawa pembaharuan. (اﻹصﻼح).

Niat baik tanpa kefahaman ilmu agama yang mendalam boleh membawa kepada kerosakan.

4. Sejarah adalah guru terbaik (التاريخ عبرة)

Kesilapan masa lalu seperti yang dilakukan oleh Qasim Amin wajar dijadikan peringatan agar umat Islam tidak mengulangi kesilapan yang sama.

5. Kekuatan Islam terletak pada keseimbangan.

𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐈𝐪𝐛𝐚𝐥 𝐁𝐢𝐧 𝐒𝐨𝐡𝐚𝐢𝐧𝐢

𝐌𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐒𝐚𝐫𝐣𝐚𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐞𝐥𝐦𝐚𝐥𝐞𝐤 𝐄𝐬𝐬𝐚â𝐝𝐢 𝐓é𝐭𝐨𝐮𝐚𝐧, 𝐌𝐚𝐠𝐡𝐫𝐢𝐛𝐢

Kongsi WhatsApp X
Ditulis oleh Muhammad Iqbal Bin Sohaini Penulis Pena Maghribi
Bacaan seterusnya

Marḥaban Bi-Waṣiyyati Rasūlillāh ﷺ

Segala puji bagi Allah yang dengan limpah kurnia-Nya telah mempertemukan kita di bumi Maghribi, bumi yang menjadi tempat lahirnya cendekiawan Islam dan saksi kepada perjalanan panjang tradisi ilmu di...

Baca seterusnya →

Bacaan lain

Semua tulisan →

Pasang Maktabah Insyirah

  1. Tekan butang Kongsi di bar Safari.
  2. Pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Tekan Tambah. Ikon Insyirah akan muncul di skrin utama.